Perekodan Pantas
Rekod Tahap Penguasaan murid secara individu atau pukal semasa PdPc.
Rekod Tahap Penguasaan, analisis dan slip pelaporan murid dalam satu platform yang selamat. Boleh digunakan di telefon, tablet dan komputer.
Panduan pendaftaranDaripada rekod harian di bilik darjah hingga laporan pentadbir, tanpa fail berselerak dan kerja berulang.
Rekod Tahap Penguasaan murid secara individu atau pukal semasa PdPc.
Taburan TP mengikut murid, kelas dan mata pelajaran untuk guru, ketua panitia dan pentadbir.
Slip pelaporan murid bersedia cetak dan laporan Excel mengikut format pelaporan KPM.
Gambar dan fail eviden tersusun mengikut kelas, subjek dan murid dalam Google Drive milik sekolah.
Paparan sebenar sistem menggunakan sekolah demo dengan data rekaan.
Ketik atau klik gambar untuk paparan besar
Semua pakej bermula dengan percubaan percuma 14 hari. Pembayaran melalui FPX, kad kredit / debit, Apple Pay, Google Pay atau GrabPay.
Pentadbir atau Penyelaras PBD mendaftarkan sekolah sekali sahaja dan memilih pakej langganan.
Muat naik senarai guru dan murid, kemudian sambungkan Google Drive sekolah untuk simpanan eviden.
Guru login dengan No. Kad Pengenalan dan PIN, kemudian terus merekod di bilik darjah.
Setiap sekolah mempunyai ruang data tersendiri. Akses hanya melalui login warga sekolah dengan PIN peribadi.
Eviden disimpan dalam Google Drive akaun sekolah. Sistem hanya mengakses folder yang dipilih oleh pentadbir.
Setiap slip mempunyai kod QR. Ibu bapa dan pihak sekolah boleh mengimbasnya untuk mengesahkan slip itu tulen.
Rekod pentaksiran disimpan dalam database awan myPBD, diasingkan mengikut sekolah. Eviden disimpan dalam Google Drive sekolah. Butiran penuh dalam Dasar Privasi.
Tidak. Pentadbir mendaftar sekali sahaja. Selepas itu semua guru dalam senarai boleh login dengan No. Kad Pengenalan dan PIN masing-masing.
Selepas pendaftaran, pentadbir login dengan akaun Google sekolah dan memilih satu folder. myPBD hanya boleh mengakses folder itu dan fail yang dicipta oleh sistem, bukan keseluruhan Google Drive sekolah.
Ya. myPBD.my direka untuk komputer riba, tablet dan telefon pintar supaya guru boleh merekod TP di mana-mana sahaja.
Pembayaran dibuat secara online melalui FPX (perbankan internet), kad kredit / debit, Apple Pay, Google Pay (pada peranti yang menyokong) atau GrabPay selepas tempoh percubaan percuma 14 hari.
Boleh, secara sukarela dan dengan persetujuan Guru Besar. Pakej Sekolah berharga RM599 setahun dan meliputi semua guru. Jika dikongsi oleh 30 guru, kosnya kira-kira RM20 seorang setahun (kira-kira RM1.70 sebulan); jika 60 guru, kira-kira RM10 seorang setahun (kira-kira 83 sen sebulan). Seorang guru penyelaras boleh mendaftar dan membayar bagi pihak sekolah, manakala data murid kekal milik sekolah. Rujuk Terma Perkhidmatan, Bahagian 6.
Boleh. Pertukaran subjek percuma sebanyak 4 kali. Pertukaran kelima dan seterusnya, atau penambahan subjek kelima dan seterusnya, dikenakan RM5 setiap subjek dan dibayar terus di dalam portal.
Tidak. myPBD.my ialah alat bantuan rekod harian dengan format pelaporan selaras piawaian KPM. Guru digalakkan terus mengemas kini rekod rasmi di sistem KPM mengikut arahan semasa.
Daftar sekolah anda hari ini. Tiada caj sepanjang tempoh percubaan.